Pencarian Gelatin Halal
Rencana di Harakah Julai 2006
By: Radzee
Di Malaysia kini
isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu
ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja, malahan
turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha
makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah
menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan
adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses
penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan,
pembungkusan dan pengangkutan.
Kerajaan juga turut memandang berat
terhadap isu makanan halal kerana ia memberi kesan kepada masyarakat di
Malaysia. Dalam usahanya untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah
menjadikan Malaysia sebagai pusat
makanan halal (halal hub) sedunia. Sejajar dengan aspirasi kerajaan,
Halagel(M) Sdn. Bhd. Telah berusahan sedaya upaya untuk menyediakan produk
alternatif halal khusus untuk kegunaan pengguna muslim dan masyarakat di
Malaysia amnya. Antara produk yang diperkenalkan adalah GELATIN HALAL yang telah
mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan
kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Gelatin yang dikeluarkan Halagel(M) Sdn.
Bhd. Sejak tahun 1997 diperolehi daripada negara Islam iaitu Pakistan dan
mempunyai 100% tenaga kerja yang terdiri daripada orang-orang Islam. Selain itu
gelatin halal yang dikeluarkan, adalah dari sumber tulang haiwan-haiwan yang halal
dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau. Haiwan-haiwan tersebut juga telah
disembelih terlebih dahulu mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan dalam
Islam.
Seperti mana
yang kita sedia maklum, penggunaan gelatin adalah begitu penting dalam industri
makanan dan farmasuketikal. Gelatin merupakan protin yang dihasilkan daripada
sumber haiwan seperti babi, lembu dan kerbau iaitu daripada kulit dan
sendi-sendinya. Gelatin juga didefinasikan terbitan kolagen iaitu protin yang
dikaitkan dengan kulit, tulang dan tisu penyambung yang lain. Sifat-sifat gelatin
yang luar biasa telah menjadikannnya sebagai bahan pemantap, pengemulasi (agen
campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan penyental. Ia
juga turut berfungsi sebagai bahan lekatan dalam gula-gula dan sebagai bahan
penggebu. Mungkin ramai dikalanngan kita yang tidak menyedari banyak makanan
yang dimakan mengandungi gelatin. Terdapat banyak contoh
makanan dan produk-produk yang mengandungi gelatin. Antaranya ialah gula-gula
getah, toffte, jeli, pencuci mulut segera, jus buah, ais-krim, produk-produk
kosmetik, ubat-ubatan dan makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang
putih dan sebagainya yang didapati dalam bentuk kapsul lembut atau softgel.
Hari ini kita
banyak mendengar slogan, ISLAM HADHARI, MODAL INSAN, INSAN KAMIL dan
macam-macam lagi yang menjurus kepada pembentukan keperibadian dan salsiah rupa
diri umat Islam. TETAPI..... sejauh
manakah kita yang mengaku sebagai umat Islam mengambil berat tentang apakah
bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubat-ubatan yang kita gunakan
setiap hari??? Adakah kita pasti ia datang daripada sumber yang halal? adakah menggunakan gelatin halal? Ataupun
kita langsung tidak peka terhadap perkara tersebut. Terdapat beberapa pengeluar
yang mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal atau haram sumber
gelatin tersebut. Antaranya, Davis Gelatine, Parke Schere yang mana mengikut
kajian yang dijalankan oleh CAP ( Persatuan Pengguna Penang) yang diperolehi
daripada buku terbitan Pusat Dagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT, sebanyak 60%
daripada gelatin yang dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperolehi daripada
kulit babi.
Meskipun gelatin
halal boleh diperolehi daripada kulit lembu atau kerbau tetapi ia tidak menguntungkan
dari segi ekonomi kerana kulit lembu atau kambing secara komersilnya lebuh
menguntungkan dalam industri barangan kulit dan kebanyakan kulit babi digunakan
untuk membuat gelatin. Gelatin yang dihasilkan daripada kulit babi juga
dikatakan lebih bermutu tinggi dan mudah dihasilkan. Mengikut lapuran pasaran,
gelatin dunia bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan untuk membuat
gelatin adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% dari kulit lembu, 27.65% dari
tulang dan dari sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui lapuran ini jelaslah bahawa
penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber-sumber lain.
Adakah kita mengetahui tentang perkara ini dan apakah tindakan yang wajar kita
ambil sebagai pengguna muslim?! Sepertimana
sabda Rasulullah S.A.W “Yang Halal itu sudah jelas, dan yang Haram pun sudah
jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang musytabihat (syubhat,
samar-samar, tidak jelas hala haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui
hukumnya. Barang siapa yang berhati-hati dari perkara syubhat, sebenarnya ia
telah menyelamatkan agama dan harga dirinya..... (H.R Muslim)”
Sebagai pengguna
muslim kita haruslah berhati-hati apabila memakan makanan yang mengandungi
gelatin. INGAT!!!......walaupun
gelatin halal tersebut didakwa diperolehi daripada sumber binatang yang halal
dimakan, seperti lembu dan kerbau, gelatin tersebut tidak boleh dianggap halal
kecuali binatang tersebut telah disembelih mengikut hukum syarak yang telah
ditetapkan dan bukan daripada sumber binatang yang dimakan oleh kita sebagai
umat Islam.
Apabila
menyentuh tentang isu halal dan haram, TIADA
PERKARA YANG BOLEH DIAMBIL MUDAH!!! Ia merupakan perkara yang penting dan
perlu diberikan penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari
yang halal dituntut oleh agama. Bahkan apa yang kita makan akan menjadi darah
daging dan akan dihisab kelak. Justeru, dalam konteks pemakanan amatlah wajar
kita sebagai pengguna Islam mengambil langkah yang bijak dan lebih serius dalam
memilih jenis makanan untuk diri dan keluarga agar mampu menjadi insan yang
kamil serta muslim yang sejati dalam masyarakat madani.
Untuk
mendapatkan bekalan gelatin halal, sila hubungi syarikat pengedar utama, Nur Halalgelatine resources,
0199580915 Dr. Siti Zawiah atau 0199167288 En Razzi Rahman. Atau, anda juga boleh membeli terus secara online.