
Malaysia
Halal Certificate from Islamic Development Department of Malaysia.

Indonesia
Halal Certificate from Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Thailand
Halal Certificate from The Islamic Central Committee of Thailand
(ICCT).
Halal
Gelatine
Beli 1 Free 2
Resepi
Istimewa
Menggunakan Gelatin Halal Khas untuk anda!
KLIK
DI SINI
International Site
CLICK
HERE
|
ANDA
adalah...
apa
yang anda...MAKAN!
Makanan
adalah perkara pertama
yang
kita wajib risaukan. Sebab itulah kami mengharapkan ada kesedaran di
kalangan kaum Islam di seluruh dunia.
Nabi
Muhammad S.A.W pernah berkata "ANDA
ADALAH APA YANG ANDA MAKAN!" dengan
kata-kata
itu kami
tinggalkan anda untuk mengambil ikhtibar serta fikirkan
sedalam-dalamnya dan selami jiwa anda semua.
Anor Rahman
MD,
Halal Gelatine Hub
MALAYSIA/INTERNATIONAL
"Maka
saudara dan saudari sesama Islam sedunia, berwaspadalah selalu. Makan
makanan yang halal demi menjamin kesejahteraan hati nurani dan iman
yang suci. PILIH
HALAL, Insya-ALLAH!"
________________________
"Sesungguhnya
Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging
babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka
sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang
dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
~
Surah
2 - Al Baqarah : Rangkap 173
~
"Yakinkah
apa yang anda dan keluarga anda makan itu
HALAL? ...atau
mungkin ianya haram?"
Razzi
Rahman
Sales
Executive
HALAL GELATINE HUB
"BREAKING NEWS"
Halalgelatine.com
amat
berbesar hati
apabila En.
Faizal
dari
TV9 mengundang
Marketing
Manager kita En. Razzi Rahman untuk ditemuramah tentang kejayaan
syarikat yang telah mengedar gelatin halal
hampir ke seluruh dunia secara online. Jutaan terimakasih
kepada TV9.
|
|
________________________
AWASLAH...
pilih...HALAL!
Tidakkah
anda fikir yang anda wajib ketahui secara lebih terperinci tentang
bahan apakah yang diletakkan di dalam makanan lazat yang anda makan
selama ini?!
"Pencarian Gelatin
Halal" keratan
akhbar Julai 2006, rencana
mengenai gelatin halal yang sewajibnya anda tahu. Di Malaysia kini
isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat
diperkatakan. Isu
ini bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat beragama Islam sahaja,
malahan
turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana
pengusaha
makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam
adalah
menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang
dimakan
adalah halal...sila baca lapuran penuh
klik di sini
Gelatin
Halal adalah satu
fenomena yang
semakin
ramai yang memperkatakannya. Dunia
hari ini
terus hangat berbincang tentang isu sihat ini. Hampir seluruh umat
Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya
menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak.
Misi
kita di sini adalah
untuk memahami dan mengenalinya dengan lebih lanjut lagi,
seterusnya memilih jalan yang terbaik, suci dan HALAL.
Di dalam
pertemuan
pertama kita ini, kami akan cuba
untuk memberi informasi untuk anda sebanyak-banyak yang
termampu.
Insya-ALLAH.
Gelatin adalah
satu bahan yang digunakan di dalam industri
makanan dan
perubatan kerana
sifatnya yang unik. Manusia telah
menggunakan
gelatin sejak
beratus-ratus tahun yang lalu.
Kini, kegunaannya
telah
diperluaskan ke dalam industri
farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah
produk tidak
mungkin dapat dihasilkan.
Terdapat
dua jenis gelatin. Gelatin
‘Type A’
kebanyakannya didapati
dari kulit
babi. Gelatin ‘Type B’ pula
didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan
‘bovine’ seperti lembu,
kambing dan kerbau.
Gelatin
telah menjadi isu
hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam,
Yahudi,
Vegetarian,
Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah
dari
tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun
sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus
memastikan
bahawa
haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang
sering mengandungi gelatin ialah:
- Konfeksioneri
(coklat, gula-gula
dan lain-lain)
- Puding,
kek dan pai
- Gummi
jelli, Pastil berperisa
- Yogurt,
keju dan butter
- Ais-krim
- Pencuci
mulut segera
- Gula-gula
getah (Chewing gum)
- Produk-produk
daging yang diproses
Gelatin
digunakan dalam
produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen
pembuih, agen
pelekat atau agen pengikat.
"Dengan itu masyarakat
Islam
wajib BERHATI-HATI dalam
memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri
mengandungi gelatin
dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan
halal oleh
Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM)"

Bila
bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara
yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram
yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana
tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi,
pernahkah terfikir
ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang,
ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau
sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu
bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai
bila?
Selepas sehari dua,
mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita
mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan
cara Islam
atau tidak?
Walau
bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa
yang kita makan. Read
more...
Bagaimana
pula dengan pencuci mulut?
Pernahkah terfikir
ianya halal atau tidak? Untuk
pengetahuan
anda, 90% daripada bahan yang
digunakan untuk membuat
pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya
datang
dari gelatin
yang
diperbuat dari lemak babi dan
sekiranya dari lembu, ianya
amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut
hukum Islam.
BIMBANG!,
RISAU!, RESAH...
Itulah
yang
bermain di
fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek,
puding, ice
cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies
dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang
menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana
ianya
sangat murah!!!
Pemilik
restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
terhadap
perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini.
Tukang-tukang
masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam
makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk
puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi
tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan
anda.
Ibu-ibu,
suri rumah, anda
wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap
keluarga anda. Selalulah
bertanya
pada diri sendiri, adakah
makanan itu Halal atau tidak? Anda
hendaklah
yakin
dengan apa yang anda
hidangkan kepada keluarga anda,
kepada anak-anak anda.
Ianya biarlah
BERSIH, SUCI dan HALAL! desserts recipe.

Adakah
anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang
tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM)
ini hanya
terdapat di dalam makanan? JANGAN
TERKEJUT...ianya juga ada di
dalam banyak jenis
barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk
lain yang mengandungi
gelatin antaranya ialah:
- Kapsul
penyalut ubatan
- Kapsul
lembut (Softgel) seperti
kapsul minyak ikan
- Berbagai-bagai
jenis Ubat Gigi
- Hampir
ke semua Kosmetik Kecantikan
- Semua
Minyak Wangi
- Sabun-sabun
mandi dan pelembut fabrik
- Losen
Badan, kaki dan tangan
"ASTARGFIRULLAH!
WASPADALAH
SAUDARA-SAUDARA KU!
Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini
akan terus HANCUR
hanya
dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab
itulah ianya AMAT DI
TEGAH didalam Islam!"
BEBERAPA
MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~
>>
Kehidupan kita tidak tenteram.
Hasil daripada
nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah
dan kehidupan seharian kita tidak
ceria serta selalu tertekan.
>> Apabila
kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati
dalam tubuh badan kita
seterusnya menjadi darah daging
kita. Lalu bala
mulai
melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.
>> Tubuh
badan kita juga akan mudah
dijangkiti berbagai jenis penyakit
dan lemah sistem
immuniti
>> Apabila
tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan
bersifat
degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah
berprasangka buruk terhadap
orang lain.
>> Kita
akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan
solat
dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH
>> Diri
kita juga akan terdorong
kepada aktiviti yang tidak sihat seperti,
melakukan
maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
>> Tanpa
kita sedari, kita akan
mudah gagal dalam kehidupan
kita walau pelbagai usaha yang
telah kita lakukan.
>> Sesungguhnya
mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut
syaitan
dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.
|
|
"Sekarang,
anda mulai
merasa
bimbang apabila anda mengetahui yang semua yang anda makan selama ini
adalah HARAM
kan? ...banyak benda-benda kegunaan harian juga haram! Saya
juga teramat risau..."
Lebih
memburukkan keadaan lagi, jumlah gelatin halal yang dikeluarkan di
dalam dunia ini agak terhad pula. Dan
bukan semua gelatin yang tertulis
halal itu adalah benar-benar halal. Sekali
lagi , masyarakat
Islam wajib BERHATI-HATI
dalam
memilih dan membeli makanan.
PILIH HALAL
, PILIH GELATIN
HALAL!
BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL
~ GELATIN HALAL ~
-
Baik
untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi
-
Kesihatan
anda sekeluarga akan lebih terjamin
-
Masakan
kita akan
lebih
bersih dan suci
-
Membantu
Produk
alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih
baik
-
Kehidupan
akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih
tenang
-
Dianugerah
Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas
-
Memiliki
satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil,
pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!
-
Sesungguhnya
Tuhan akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL
dan menegah yang HARAM. Rujuk kepada Ayat-ayat Al-Quran di sini
>> HALAL
& HARAM
|
|
_________________________
- Suri
Rumah- Yang selalu memasak kuih, kek, puding dll
- Penjual-penjual
kuih muih
- Pemilik
kedai kek- Tidak kira ugama atau bangsa kerana pelanggan mereka juga
Islam
- Pemilik
Restoran - Tukang-tukang masak restoran seharusnya lebih peka dengan
kehendak pelanggan dengan menyediakan pemanis mulut yang dijamin HALAL
- Kilang-kilang
yang membuat kosmetik kecantikan
- Pengeluar
Ubat gigi, minyak wangi, sabun, losen
- Pembuat
kapsul softgel
- Pembuat
produk-produk
berbagai jenis makanan
"Semua
orang tidak
kira
bangsa atau pun agama
seharusnya menggunakan Gelatin Halal
ini untuk produk mereka kerana selagi mereka
menjual barangan mereka pada orang Islam,
maka selagi itu tanggungjawab
mereka
menghormati hukum agama Islam kita!"
Seluruh
umat Islam di dunia bertungkus lumus untuk pemakanan halal, bersusah
payah mencari dan bertanya ke sana-sini dengan sedikit harapan agar
dapat berjumpa
gelatin
halal
dan belum ada lagi yang benar-benar menjumpai gelatin yang benar-benar
halal. Kini,
pencarian itu berhenti di sini, anda sudah tidak perlu
mencari lagi. Pencarian anda berhenti sekarang juga!!! Kerana...
...sudah
ada
pengeluar GELATIN HALAL di Malaysia iaitu HALAGEL!

Syarikat Halagel (M)Sdn.Bhd. yang telah
ditubuhkan
pada 19 Ogos 1997 adalah satu alternatif bagi persoalan
anda. Syarikat Halagel telah berusaha keras dalam
mencari gelatin halal untuk
kegunaan industri makanan dan farmaseutikal. Sejajar dengan misi
syarikat, Menyediakan
Produk Alternatif Yang Halal Bagi Masyarakat Islam Sedunia!

- Kilang gelatin terletak di sebuah
negara Islam iaitu Pakistan
- Kilang tersebut dipunyai 100% oleh
orang Islam
- Semua pekerja di bahagian pengurusan dan
operasi
juga adalah 100% terdiri
daripada orang Islam
- Gelatin yang dikeluarkan bersumberkan
dari tulang-tulang haiwan yang Halal dimakan seperti lembu, kambing dan
kerbau.
- Haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh
orang Islam
mengikut syariah
- Halagel gelatin adalah benar-benar gelatin
halal
kerana pemprosesan tulang-tulang
haiwan yang halal TIDAK
PERNAH dicampurkan dengan
tulang-tulang dari sumber lain
yang
tidak halal seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kilang gelatin lain
di dunia.
Oleh itu
Halagel
gelatin telah diiktiraf halal oleh tiga
badan
utama di
Malaysia, Thailand & Indonesia iaitu:
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
- Islamic Central Committee of Thailand
(ICCT)
- Pengkajian Pangan,Obat-obatan dan
Kosmetika–Majelis Ulama Indonesia(LPPOM-MUI)
>>
Pemeriksaan
ke kilang gelatin dan pusat penyembelihan juga dilakukan setiap tahun
bagi
memastikan kualiti dan status halal gelatin terjamin sepanjang masa.
Mengapa
masih susah untuk menerima hakikatnya? Mengapa masih tidak mahu
berubah?
Apakah anda sanggup untuk terus memakan makanan yang dipenuhi dengan
bahan-bahan haram? Masih mahu menggunakan barangan harian anda yang
anda tahu bersalut dengan lemak babi, najis?
Tidak cukupkah lagi dosa yang telah sedia ada, maka kita tambahkan
lagi? Tidak terfikirkah anda yang ini juga adalah salah
satu cara
orang-orang kafir mencuba untuk memesongkan akidah kita secara halus?!
Mengapa kita
mesti tunduk pada hasutan
syaitan? ...tunduk pada mereka?
Janganlah anda ragu-ragu lagi! Fikirlah akan anak-anak anda yang sedang
membesar.
Berilah peluang kepada mereka untuk membesar dalam situasi yang lebih
baik. Fikirlah akan masa depan dunia kita. Didiklah
anak-anak anda memakan makanan yang bersih, suci lagi
HALAL!
"JADI...AWAS,
jangan
tertipu dengan berbagai-bagai jenis makanan yang mempunyai gelatin
haram...PILIH HALAL, PILIH GELATIN HALAL!!!"
Dapatkan

|
Beli
Pakej Berkembar | Beli
pakej 500g | Beli 1 Free 1
|
|